Kehidupan Awal Nuinda Alias

Nuinda Alias merupakan anak jati Wilayah Persekutuan Labuan . Beliau merupakan anak kepada Hajah Alipah Haji Idris dan Haji Alias Haji Mohamad. Beliau mendapatkan pendidikan awal di SRK Sungai Lada Labuan dan kemudian menyambung pelajaran menengah ke SM St Anne Convent Labuan, SM. St. Anthony Labuan dan menamatkan pelajaran menengah atas di Maktab Sabah Kota Kinabalu.

Selepas beliau memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , Beliau kemudianya melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia dalam ijazah Sarjana Muda Komunikasi pada tahun 1986. Selepas beliau menyelesaikan pengajian Ijazah Sarjana Muda beliau, beliau seterusnya melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) di Universiti Malaysia Sarawak, pada tahun 1998. Pada 21 Mei 2022 beliau telah menamatkan pengajian dan memperolehi Doktor Falsafah (Pengurusan Dan Pentadbiran). Beliau merupakan graduan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke - 65 Untuk Sesi Pertama[1].

Rujukan

WikiPedia: Nuinda Alias http://datukmalaysia.blogspot.com/2011/10/sabah-ho... http://mpsmkebangsaan.blogspot.com/p/ajk.html?m= http://orangsabahan.blogspot.com/p/ipg-tawau-sabah... http://ppsms-sabah.blogspot.com/2010/04/exco-ppsms... http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=100... https://online.anyflip.com/pegwa/xdnm/mobile/ https://online.anyflip.com/puvxh/cjdv/mobile/ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tabung-... https://buletinpekerja.com/web/index.php/2019/12/0... https://online.fliphtml5.com/xajj/vrpa/#p=12